523 (bas KR Travel & Tours)

Laluan bas 523 (Hab Lebuh Pudu - Putrajaya Sentral melalui KTM Serdang) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas 523 merupakan sebuah laluan bas henti-henti yang bermula dari Hab Lebuh Pudu berhampiran Mydin Sinar Kota di Kuala Lumpur dan menuju ke Putrajaya Sentral melalui Lebuhraya Sungai Besi, KTM Serdang, IOI City Mall, Alamanda, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Perdana dan Presint 9.[1]Laluan bas ini berkhidmat di 31 buah hentian bas, dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 1 Jun 2022 melalui pengambilalihan laluan ISBSF yang ditinggalkan iaitu laluan bas 521 (Putrajaya Sentral-Hab Lebuh Pudu melalui KTM Serdang) dari Selangor Bus dan penggabungan laluan bas yang sedia ada dari KR Travel & Tours iaitu laluan bas 502 (Putrajaya Sentral-KTM Serdang).[2] Sebelum laluan 523 diperkenalkan, laluan 500 (Hab Lebuh Pudu-Putrajaya Sentral melalui Lebuhraya MEX) dan laluan 502 (Putrajaya Sentral-KTM Serdang) juga dikendalikan oleh KR Travel & Tours dari 1 Julai 2020 sehingga 31 Mei 2022. Kedua-dua laluan bas terdahulu ini pernah dikendalikan oleh Rapid KL (laluan E1 dan laluan U42) sebelum pelaksanaan Penyusuanan Semula Rangkaian Bas (BNR) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 1 Disember 2015 yang menyebabkan laluan E1 ditukar kepada laluan 500 dan laluan U42 ditukar kepada laluan 502, serta menyerahkan perkhidmatan laluan bas tersebut kepada Nadi Putra. Semasa pandemik, Nadi Putra telah menamatkan semua laluan bas luar Putrajaya pada 31 Mei 2020 manakala laluan 500 dan 502 diambil alih oleh KR Travel & Tours.[3][4]Laluan bas 523 dikendalikan sepenuhnya oleh KR Travel & Tours Sdn Bhd, sebuah syarikat pengangkutan dan agensi percutian berpangkalan dari Negeri Sembilan. Selain laluan bas 523, KR Travel & Tours turut mengendalikan laluan bas MyBAS Seremban Laluan T57 (Nilai Sentral - KLIA Terminal 1 & KLIA Terminal 2), T711 (Nilai Sentral - Sungai Pelek), 732 (Hentian Banting - KLIA Terminal 1 & KLIA Terminal 2), bas perantara Tempat Letak Kereta Jangka Panjang (LTCP) di KLIA dan bas perantara gantian Aerotrain di KLIA Terminal 1.

523 (bas KR Travel & Tours)

Status Beroperasi
Jenis perkhidmatan Perkhidmatan bas pengangkutan awam
Melalui petempatan
  • Presint 9
  • Presint 3
  • Presint 2
  • Presint 16
  • Taman Desa Serdang
Hentian/stesen bas 31 hentian (arah Putrajaya)
27 hentian (arah Hab Lebuh Pudu)
Melalui
Senarai jalan raya
Lokasi Lembah Klang, Malaysia
Kekerapan 60 minit
Titik mula Hab Lebuh Pudu, Kuala Lumpur
Perkhidmatan bermula 1 Jun 2022; 19 bulan yang lalu (2022-06-01)
Melalui mercu tanda
Jenis laluan Laluan henti-henti
Waktu malam Ada
Zon Koridor Sungai Besi
Pertukaran ke laluan lain
Dari Putrajaya Sentral
Dari Hab Lebuh Pudu
Depot Seremban, Negeri Sembilan
Titik tamat Putrajaya Sentral
Hari operasi Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–9.00 malam)
Pengendali KR Travel & Tours Sdn Bhd
Route map
Route map
← 506 Laluan bas di Lembah Klang 540 →